Notis privasi & syarat guna
Dikemas kini 12 November 2026. Lapar.UPSI dikendalikan oleh Dynoz.Cop. Ini bukan laman rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Apa yang kami simpan
Penjual: nama gerai, no WhatsApp, kolej atau lokasi ambil, keterangan, menu dan gambar menu, kata laluan (disimpan dalam bentuk tersulit, kami tak boleh baca) dan gambar resit bayaran yuran.
Pembeli: tiada akaun dan tiada pendaftaran. Ulasan disimpan tanpa nama dan tanpa no telefon. Untuk elak spam, kami simpan kod rawak peranti dan cap rangkaian yang telah disulitkan (bukan alamat IP sebenar).
Kami tidak meminta no kad pengenalan, no matrik atau alamat bilik.
Kenapa
Untuk papar gerai dan menu kepada pembeli, membolehkan pembeli menghubungi penjual lewat WhatsApp, mengesahkan bayaran yuran dan menjaga ulasan supaya adil.
Siapa boleh lihat
Nama gerai, lokasi, menu, no WhatsApp gerai dan ulasan dipapar kepada umum. Gambar resit hanya boleh dilihat admin (wakil pelajar dan owner). Kami tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak lain.
Berapa lama
Data gerai disimpan selagi akaun wujud. Minta padam bila-bila masa lewat WhatsApp admin dan kami padam dalam 7 hari. Cap rangkaian pada ulasan dibuang selepas 30 hari. Gambar resit dibuang 180 hari selepas disemak. Sandaran pangkalan data disimpan paling lama 14 hari.
Hak anda
Ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh minta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda. Hubungi admin: WhatsApp 011-35344769.
Syarat untuk penjual
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas makanan anda: kebersihan, keselamatan, kandungan dan apa-apa dakwaan seperti halal.
- Jual beli berlaku terus antara anda dan pembeli. Lapar.UPSI tidak memegang wang pembeli dan bukan pihak dalam jual beli.
- Ikut peraturan kolej dan universiti tentang jualan di kampus.
- Yuran gerai RM5.00 untuk 30 hari, dengan 14 hari pertama percuma selepas diluluskan. Gerai yang tamat tempoh disorok secara automatik sehingga yuran dibayar.
- Admin boleh menolak atau menyorok gerai, membuang menu dan menyorok ulasan yang tidak sesuai, mengelirukan atau melanggar syarat.
Syarat untuk pembeli
- Tempahan dan bayaran diurus terus dengan penjual. Semak menu, harga dan masa ambil dengan penjual sebelum bayar.
- Tulis ulasan yang jujur. Jangan masukkan nama, no telefon atau maklumat peribadi orang lain.